Thursday, July 30, 2009

Program Kursus Penceramah Wanita Umno Bahagian Pendang akan diadakan pada 31/07/2009. Seramai 150 orang peserta yang terdiri dari ketua-ketua Penerangan serta ahli-ahli jawatankuasa Wanita Umno cawangan seluruh Pendang akan hadir. Program ini akan diadakan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang di Dewan Majlis Daerah Pendang.

Kursus siri kedua ini adalah rentetan dari kejayaan Kursus Pertama yang telah diadakan pada bulan Disember 2008. Program in menyediakan pengetahuan asas Penceramah kepada peserta yang lebih ramai.

Kursus Penceramah ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti individu-individu yang terdiri dari ahli-ahli Wanita Umno Pendang yang berbakat selain mempunyai potensi tinggi untuk digilap dan dilatih dengan lebih sempurna dan bersistematik supaya menjadi seorang Penceramah yang berkesan dan disegani.

Adalah harapan saya peserta-peserta yang bakal dikenalpasti akan akhirnya menjadi Penceramah Wanita Umno khususnya dan Umno amnya.

Wassalam.